Wednesday, April 24, 2013

ULASAN MENARIK USTAZ LOVE MENGENAI 'TELEKUNG BUAH DADA'

  VS



 
Dengar tajuk jer dah gerun kan..jangan fikir apa2 dulu! Isu sensitif ni saya sekadar berkongsi pada semua untuk renungan kita bersama. Suka sangat baca blog ustaz love ni sebab banyak persoalan menegenai isu-isu agama yang dijawab menyebabkan kita akan terfikir dan merenung sebentar isu yang dipertengahkan. Apa yang baik moga2 dijadikan tauladan dan ilmu untuk kita dan semua.

Kita kerap kali terkeliru dalam memahami bab aurat bila kita terlalu melihat kepada material / bahan yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri. Suatu masa dulu, kita melihat kain tebal seperti cadar itu lebih menepati kaedah menutup aurat dan mempertikaikan mereka yang memakai tudung yang agak nipis (walaupun tak jarang).. kita juga terlalu melihat isu pemakaian stokin bagi menutup aurat kaki, tanpa melihat alternatif selain pemakaian stokin (spt memakai kain labuh menyapu lantai, pakai skirt panjang dan boot sampai lutut dsb). Itu antara contoh saja..
Persoalan aurat ini adalah sejauh mana kita dapat menjaga batasan tubuh yang ditetapkan dalam agama daripada ditayangkan kepada orang yang tak sepatutnya. Jika dengan menggunakan daun kita dapat menutup aurat, maka daunlah yang wajib digunakan.. kalau kena guna plastik untuk menutup aurat (dgn syarat plastik itu menepati kaedah menutup aurat), maka wajiblah tutup aurat dgn plastik.. Itu bab aurat sesama manusia.
Aurat dengan Allah pula hanya wajib ditutup semasa solat dan melakukan ibadah haji / umrah saja. Tak wajib tutup aurat semasa membayar zakat.. harus bertelanjang semasa berpuasa di bulan Ramadhan.. begitu juga harus bersyahadah walaupun hanya memakai spender.. nak baca al-Quran ke, zikir ke, doa ke, hanya sunat menutup aurat dgn sempurna.. bukan wajib.
Jadi, bila masuk bab solat, ia ada 2 perkara.. satu berkaitan aurat dengan Allah dan juga aurat dengan manusia.. kita asingkan dulu bab adab..
Seorang lelaki yang solat secara sendiri di dalam bilik, sah solatnya walaupun hanya memakai kain pelikat tanpa berbaju dan menampakkan bebulu ketiak semasa mengangkat takbir.. juga sah solatnya dengan memakai seluar bermuda yang menutupi aurat antara pusat dan lutut. Begitu juga jika lelaki itu solat di masjid, sah solatnya yg memakai kain atau seluar bermuda semata2.. tetapi ada isu lain yg perlu diperhatikan..
Walaupun sah solatnya, namun jika ia mendatangkan fitnah, maka haram berpakaian sebegitu. Contohnya lelaki ini solat di surau.. dia dah tahu dalam jemaah tu ada separuh daripadanya gay, maka haram baginya mendedahkan anggota tubuh seperti dada yang boleh merangsang makhluk bernafsu songsang seperti mereka. Juga haram solat tanpa berbaju jika di belakangnya ada jemaah muslimat kerana ia boleh menyebabkan jemaah wanita jadi tak tentu arah.. mungkin juga ada yg muntah (kalau tubuh lelaki di depannya berkurap berpanau)..
Begitu juga wanita2 yang bersolat.. sekalipun beliau memakai telekung putih yang tebal dan mengikut batasan yang ditetapkan syarak, bukan semua tempat beliau boleh bersolat sekalipun tempat itu suci bersih lagi murni. Contohnya solat di depan lelaki bukan mahram.. sekalipun beliau dah tutup aurat sebaiknya, tapi bila dok rukuk sujud, lelaki di belakang pun boleh ter’qiam’ tiba2.. kihkih..
Berkaitan tudung di atas, pada pandangan Ustaz Love, tiada salahnya dengan pakaian sebegitu digunakan untuk bersolat.. ia tak nipis, labuh dan cukup syarat menutup aurat. Cuma masalah tonjolan pada buah dada, itu sesuatu yang agak susah untuk dikawal. Alangkan Ustaz Love yang berbuah dada kecik ni pun boleh nampak dengan jelas, apatah lagi mereka2 yang berbuah dada besar.
Maka, masalahnya di sini bukanlah jika dipakai ketika solat (sbb wanita memang solat di bilik atau ruang muslimah). Ia cuma menjadi masalah jika dipakai sebagai pakaian harian sbb ia agak jelas menonjolkan bentuk buah dada. Tapi, bila difikir2kan balik, ada ke orang pakai telekung solat sebagai pakaian kerja atau berjalan2 di luar rumah? Sekalipun ada yg sanggup memakainya di luar, bukan menjadi kesalahan kepada material tudung tersebut.. ia bergantung kepada kebijaksanaan pemakainya untuk melindungi bentuk buah dadanya daripada jelas kelihatan.. sama ada dengan cara menutupnya menggunakan fail, jalan membongkokkan badan, menarik tudungnya ke depan, memeluk tubuh dari dalam tudung dsb.
Kalau tak alert pasal ni, jangan kata pakai tudung seperti di atas, pakai tudung tebal yg labuh pun boleh saja menampakkan bentuk buah dada.. terutamanya semasa tiupan angin yang agak kuat..'

 
 
NAK BACA LAGI SILA KE SINI


No comments:

Post a Comment

SILA NGOMEL DISINI :