Monday, April 22, 2013

Tips nak jaga tudung berawning...

SALAM ...KAT SINI SAJA NAK SHARE MACAM MANE NAK JAGA TUDUNG YANG MENGGUNAKAN KAIN LYCRA BERKUALITI MACAM TUDUNG MAIRA TU....RUGI TAU KALU BELI MAHAL2 TAPI TAK TAU JAGA...
YANG PENTING SEKALI WASHER MACHINE TAK DIBENARKAN SAMA SEKALI...

Awning:


Bagi bahagian atas tudung pula dipanggil awning(visor). Material yang digunakan adalah pelbagai terdiri dari shantung silk, kain broked, kain kapas jepun dsb yg bersesuaian. Kain pengeras lebar 2 inci di buat penuh di bhgn depan.. supaya tiada kesan terlipat/ patah..

Penjagaan Tudung:

PENJAGAAN tudung ini amat lah penting utk menjamin kualiti tudung itu supaya sentiasa baik. Hanya basuhan tangan yg sesuai. Bagi awning jenis thai silk pula, 'dry cleaning' adalah digalakkan. JANGAN merendam tudung² tersebut. ELAKKAN dari melipat awning tudung.Untuk membasuh, celupkan tudung ke dalam air sabun dengan memegang bahagian awning. Seeloknya gunakan delicate fabric wash/syampu/sabun mandi.

Sidai tudung menggunakan penyepit di mana bahagian awning dilepaskan ke bawah. Elakkan melipat.
Tudung lycra tidak perlu digosok kerana ia fabrik tahan kedut. Jika perlu, boleh gosok dengan suhu rendah.
ELAKKAN dari menggunakan seterika yg terlalu panas!!


Jangan lipat bahagian awning. Ia boleh menyebabkan tudung tidak terbentuk cantik ketika dipakai.

Selamat Mencuba !!! :)

No comments:

Post a Comment

SILA NGOMEL DISINI :